Hi Lovelies....

Hi Lovelies....

September 19, 2014

Pelajar UiTM maut dilanggar pensyarah



SHAH ALAM: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini petang semalam.

Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.

Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.



Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.

"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.

Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.


Al Fatihah untuk adik Fatin Farradia ni... semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yg beriman.

Lesson learnt : kalau dah tahu diri tu UNFIT and ade health problem, dont drive!!! You may risk either your life or other people lifes.... kasihan adik ni...gara2 pensyarah yg paksa unfit body driving, dia jadi mangsa... bayangkan la tengah seronok2 balik kelas sambil berbual dgn kawan tibe2 tanpa diduga dirempuh kereta dan meninggal dunia. Bayangkan perasaan ibubapa dan keluarga adik ni di Terengganu... hantar anak jauh2 untuk menimba ilmu... bukan ijazah yang dibawa tapi sekujur jasad tak bernyawa yg dibawa pulang... yes... memang ajal... tapi kite boleh mencegah dari berlaku kan?

sebelum buat sesuatu diluar batasan dan kemampuan diri... fikir dulu consequences... jgn fikir nasib and kesibukan diri sendiri je... fikir org sekeliling juga....


No comments:

Post a Comment

WuT sAy YoU??

SHout
Back to Top