Hi Lovelies....

Hi Lovelies....

November 02, 2009

Golongan Wanita Yang Mudah Di Tipu dan Diperdaya Oleh Lelaki



Terdapat beberapa golongan wanita yang sangat mudah untuk ditipu oleh lelaki. Disini saya senaraikan 6 golongan wanita yang lebih cenderung untuk ditipu oleh kaum lelaki. Jadi hati-hati la yea.

1 .Golongan yang Terlalu Mudah Mempercayai Kepada Lelaki

Inilah dikatakan cinta itu buta lagi membutakan. Mungkin kerana terlalu sayang wanita meletakan 100% kepercayaan kepada pasangannya. Ini bukan bermaksud untuk anda jangan percaya kepada pasangan anda tetapi biar berpada-pada. Jangan pulak jadi cemburu buta ini lagi susah. Jadi sentiasa menggunakan akal fikiran anda dengan bijak dan mungkin juga hanya perlu mempercayai 90% kepada lelaki.

2. Golongan Wanita yang Terdesak Untuk Berkahwin

Golongan ini bukan nak kata sangap tapi oleh disebabkan usia sudah lanjut jodoh pulak belum sampai. Ini menjadikan wanita mula terdesak untuk berkahwin nanti takut pulak di gelar “Andartu”. Walaupun terdesak untuk mencari pasangan hidup anda perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.

3. Golongan Wanita Suka Bersosial


Sosial yang dimaksudkan ialan golongan wanita yang suka berfoya-foya sepert clubbing,parti,disko dan mempunyai pemikiran “Hidup Hanya Sekali” Semua perkara nak dirasa.

4. Golongan yang Tidak Mementingkan Ilmu

Ilmu yang dikatakan ini bukan lah ilmu pelajaran seperti kita belajar di Universiti. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu atau pengetahuan dalam konteks percintaan, perkahwinan dan juga tentang hala tuju kehidupan anda. Menerusi bahan bacaan banyak perkara boleh dipelajari.

5. Golongan Wanita yang Memandang Rupa Paras dan Harta Benda

Ramai golongan wanita mudah untuk jatuh cinta kepada lelaki yang hensem dan kacak atau yang berduit. Tidak salah untuk jatuh hati kepada golongan seperti itu tetapi anda perlu tahu yang anda perlu untuk kena membuat persiapan untuk pertahanan diri anda. Jika dengan lelaki yang tidak hensem pun mudah ditipu inikan pula dengan yang hensem. Nak dibuang sayang nak disimpan sakit.

6. Golongan Wanita yang “Redha”

Walaupun dah selalu makan hati dan dah banyak kali pasangan kantoi curang tetapi tetap mengharapkan pasangan berubah. Bukan setakat makan hati berulam jantung tapi dah sampai makan tangan berulam kaki dah pun tetapi masih redha apa yang terjadi. Menerima seadanya la katakan. Kalau terus redha memang selalu kena tipu la jawabnya





X.O.X.O

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more



No comments:

Post a Comment

WuT sAy YoU??

SHout
Back to Top