Hi Lovelies....

Hi Lovelies....

August 05, 2009

What a JOKE...

What a silly jokes... I got these from my colleaques...
enjoy reading and laugh historically...


1. Isteri Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan sisuami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan ditalian tadi.

Si anak pun cakap “ Harap maaf, nombor yang anda dail berada diluar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”

♦♦♦♦♦♦
♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

2. Bos dan seketeri

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50-an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat besar di KL.

Pada suatu hari…Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke opisnya…seperti biasa seketerinya pun masuk la.

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client…

Si boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya…biasa la boss…malas nak tulis…cakap punya cakap…boss ni pun pusing pusing meja sambila tangan masuk dalam poket seluar…10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis…si seketeri pun mula bersuara…

Seketeri : Boss…pagi tadikan …masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss terbuka…

Boss: (dalam keadaan kelam kabut) ye ke ..tak apa, nanti saya call rumah..terima kasih..
Si seketeri pun blah balik ke meja dia…dan boss pun call rumah tanya wife dia…

Boss: yang…tolong tengokkan garage rumah kita ..pintu dia terbuka la…
Bini: tak la bang…baru tadi saya tengok…mana ada terbuka
Boss : iyee…terbuka… cuba pergi tengok semula..
Bini: tidakkk..,tertutup…saya tau la bang..
Boss: pergi la tengok..kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak???
Bini: okayla …okey la..

Setelah setengah jam kemudian…masa boss tengah relek relek…baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka…(dah memang perangai dia tak suka pakai underwear…) maka nampaklah…dia menggelabahlah si boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri dia tu…dan petang yang sama juga…

Boss: eerrr…tadi pagi masa you nampak garage I terbuka…ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Seketeri: tak...yang I nampak Cuma ada mini cooper, dengan dua tayar depannya pancit….



Kuang kuang kuang…kelakar giller... I almost guling2 dpn screen td...

another silly story...



Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang- bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan'
' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'
'Apa salahnye, naiklah di belakang'

Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.

Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.

'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'

'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi lerr... '

Image Source,Photobucket Uploader Firefox Extension


X.O.X.O


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


No comments:

Post a Comment

WuT sAy YoU??

SHout
Back to Top