Hi Lovelies....

Hi Lovelies....

August 24, 2006

aper arrrr

arinie..terbacer 1 artikel kat dlm paper UTUSAN MSIA. urm...menyampah lak dgn pompuan nie...tak abis2 mengexposekn diri...
mcm arr cun sgt... perasan jer lebih... dh kena PUTUS TUNANG tue, dah lar... kelakar tol...nie mesti kes nk raih smuler simpati MAWI la tue...nampak sgt bodohnyer POMPUAN KAMPUNG yg 1 nie...

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Biografi kisah cinta Ina-Mawi kini di pasaran
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM



NORDIANA Md. Naim bersama buku berjudul Catatan Duka Diana Naim pada majlis pelancaran biografi kisah cintanya di Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 23 Ogos – Dalam diam-diam, bekas tunangan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Nordiana Md. Naim menghasilkan biografi kisah cintanya dengan Asmawi Ani atau Mawi yang terputus di tengah jalan.

Biografi pendedahan kisah cinta Mawi bersama Nordiana atau dikenali sebagai Ina kini berada di pasaran.

Pelancaran biografi berjudul Catatan Duka Diana Naim itu disempurnakan sendiri oleh Ina di sini hari ini.

Ia merupakan hasil garapan Ina, 22, sepanjang dua tahun menjalin kasih dengan penyanyi yang semakin popular itu.

Menurut Ina, buku terbitan Etnik Harmoni Sdn. Bhd., yang dijual pada harga RM19.90 itu, bukan bertujuan membuka pekung di dada atau mengaibkan sesiapa.

Sebaliknya, apa yang tercatat dalam buku setebal 145 muka surat itu merupakan luahan isi hatinya sebagai insan yang pernah bercinta, bertunang dan akhirnya berpisah dengan Mawi.

Kata Ina, buku yang ditulis pada sebelah malam ketika hatinya sedang berduka itu memang tidak dapat dipisahkan daripada mengaitkan nama Mawi.

‘‘Apa yang terdapat dalam buku tersebut adalah sejarah yang Ina tempuh dan sudah pasti nama dia turut disebut,’’ katanya.

Tegasnya, kehadiran buku itu juga bertujuan menjawab segala tohmahan yang dilontarkan kepadanya sebelum ini.

Anak sulung daripada lima beradik itu percaya inilah masa sesuai dan terbaik untuk menjelaskan segala apa yang berlaku dan mem kar setiap kebenaran yang terselindung.

Jelas Ina, antara cerita duka yang tidak dapat dilupakan dan turut dimuatkan dalam buku tersebut adalah saat dia dihalau keluar dari Stadium Malawati, Shah Alam daripada menonton pertandingan akhir AF3 oleh orang terdekat dengan bekas tunangnya.

Ina yang kini merupakan Eksekutif Pembangunan Pemasaran Etnik Harmoni Sdn. Bhd., berkata, biografi itu juga sebagai permulaan untuk dia melangkah ke dimensi baru.

‘‘Ina harap selepas ini orang tidak akan tanya lagi kisah silam Ina kerana Ina ingin membina hidup baru,’’ katanya.

Selepas menghasilkan biografi itu, Ina akan memulakan kerjaya baru sebagai penyanyi lagu-lagu irama nasyid dengan sebuah syarikat rakaman.

Sebagai permulaan, Ina akan tampil dalam album kompilasi lagu-lagu raya yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Menurut gadis itu, bukan hasratnya untuk bersaing dengan Mawi, sebaliknya menganggap tawaran yang diterimanya adalah satu rezeki yang tidak sepatutnya ditolak.

‘‘Sebenarnya sejak dulu Ina minat menyanyi tapi tidak berpeluang dan inilah masanya untuk Ina mencapai impian itu,’’ jelasnya.

No comments:

Post a Comment

WuT sAy YoU??

SHout
Back to Top