Hi Lovelies....

Hi Lovelies....

May 27, 2006

Aku pulang..?

Kalaupun aku ada di hadapan pintu,
Bagaimana ingin masuk,
Andai empunya mahligai tak menjemput,
Tak kubawa sesiapa,
Biar hanya kita berdua,
Sungguh tempat ini bukan asing,
Tapi mengapa rasa bagai terasing?
Mulut terkunci biar hati berbicara,
Ku ingin cerita segala-gala agar kau tahu,
Dengarlah dengan jiwamu.
Untuk apa ke mari?
Aku tak pernah pergi maka datang bukan untuk pulang,
Tapi menunggu huluran tangan,
Tanda kemaafan tanda penerimaan,
Aku, kau ada jalan masing-masing,
Kau yang pilih, aku pun memilih,
Temanilah aku dengan jalanku,
Kan ku ikut ke mana mahumu sesudah itu,
Apa yang kau tahu sedih dan sesalku?
Dan bagiku kau tak mahu mengerti..

No comments:

Post a Comment

WuT sAy YoU??

SHout
Back to Top